Kisah Mars Bar
Wednesday, 19 March 2014, ϟ 0 Awak rasa macam mana? (s)
Assalamualaikum. Okay seperti yang dijanjikan ini resipi Mars Bar nye. Masa aku buat tadi agak keras sikit rice krispies tu. Its okay, next time boleh fix lagi ;)
So, bahan bahan dia ialah :
- 100g Buttercup
-3 atau 4 cups Rice krispies
-Mars ( kalau pakai mini/snack – 4 batang, kalau pakai standard size – 3 batang sahaja
-Cadbury ( chocolate milk) *Tapi kalau nak jimat
guna je cooking chocolate. Kalau pakai Cadbury tu beli la yang besar dalam 3
atau 4. Alaaa 3 je(gegel weh kat kaunter ko nak bayar nanti! Pastu balik hostel seminggu makan nasi dengan ikan masin hahahahaha)
CARA CARA :
1) Cairkan Mars dengan buttercup dengan api yang kecil. Kecik je tau kalau tak meraungggggg la burn camtu je. Masa cairkan ni bau dia macam Famous Amos. MMMMMMMMMDAPPPPPPP
2) Ambik 3 cup rice krispies dan gaul bersama dengan bahan kat step 1 tadi. Lepas tu ratakan dalam loyang.
3) Kemudian, kita cairkan cadbury yang menangih tadi tu (4 papan weh gila tak nangih). Cairkan dengan buttercup jugokkk. Buttercup tu agak agak je. Sedap mata memandang camtu. Doube boil tau!
Tapi kalau pakai cooking choclate, jangan cairkan pakai butter pulak eh. Buat macam biasa nak buat topping kek coklat extra moistttttttt tu. Sama jugak double boil nye.
4) Seterusnya, anda boleh ratakan coklat yang telah dicairkan diatas rice krispies tu ye. Taraaa dah siap! Letak dalam fridge atau bahasa melayu nya, Peti sejuk.
Ternyata ianya SEMUDAH A B C bukan? Buat memang senang tapi makan duit sikit la. Barang dia, hahahahahadoii mahal sikit. Thats why kalau kat ig mahal tu. Tapi sebenarnya harga tu dah sangat affordable pon. Okaylah, Saya sudah mencuba, anda bila lagi?
new past



