#21 Girls Talk - Kenapakah?
Wednesday, 3 July 2013, ϟ

WHAATTTTTTTTT??!! PLKN??? SUCKKKKKKK!! 

Mostly, ini mesti first reaction bebudak bila dapat tahu diri mereka itu kena pegi PLKN. Must say 90% la. bhahahaha #paksarela Okay sebelum itu, Assalamualaikum semua :) Haa sambung cerita. Hari ni aku nak cerita apa yang kauuuuuu akan dapat once pegi PLKN. Lain orang lain cerita dia, dan inilah cerita aku ;) Experience sendiri or dari cerita kengkawan aku :D








Mula mula, memey ah kau akan rasa AWAT AKU PULAK, PATUTNYA SI AMAT TU PEGI TAK PUN BUSU. DIORANG TU DAH LA TAK AKTIF PASTU KUAT NANGIH PULAK TU blablablablabla. Tapi lama lama kau akan kata cegini RUGI KAU TAK PEGI BUSU, AMAT. AKU NAK HABAK MAI SEGHONOK HANG TAUUU dan seterusnya. Berikut adalah sebab sebabnya :

1. Dapat pengalaman - Pengalaman tak dak jual cik kak, cik adik, cik abang. Even kau tanya la dekat promoter astro 'yang macam macam ada tu' diorang pon tak boleh jual natang nama pengalaman. Dekat sini lah kau dapat belajar benda baru yang memang takda kat sekolah dulu.

2. Dapat kawan - Amat 'Kawan? kat pasar pon boleh dapat'. Busu 'Aku dah ramai kawan. Tak heran'. Heeeyyyyyyyyyy kawan dekat sini dengan kawan kawan kat luar beza weh! Kat sini kau nak takde masa nak benci benci der. Kau gadoh pastu dalam 2 saat kau jumpa balik orang tu. Pusing pusing jumpa gak. haha tak lama gadohnyeeee :p Pastu kat sinilah kau tau rasanya dihargai kawan, sayang kawan, dan apa apa pun kawan (pandangan aku) MAKSUDDD?? 24/7 sampai muntah muntah kau dengan diorang. Up and down dengan dorang. Masyaallah rasanya lain weh! Satu benda yang aku belajar kat sini la, KALAU NAK KAWAN JANGAN MEMILIH. KAWAN BIAR IKHLAS, BIAR JADI DIRI SENDIRI, JANGAN HIPOKRIT ORANG TAK SUKA ;) Kawan biar ramai. Hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita. Agak agak untung sikit, kau dapat la marka kat sini. hehehe

3. New environment - Ini bagi orang yang biasa dengan kawad la. Kita belajar kawad, belajar cara hidup macam army macam navy. Tengok macam takda apa taaaaaapi................................................. Ha! rasa sendiri. Toksah gebang banyak hang pi hang tau la susah senang jadi askar.





Geo Kosmo kami! 

4. Jati Diri - Dekat PLKN kita ada 4/5 modul camtu ahh. So pagi pagi kita akan ada kelas. Ni kira modul : Pembinaan karekter, Kerjaya dengan Kewarganegaraan. Setiap modul tu ada tujuan dia sendiri. Contoh : MPK (Modul Pembinaan Karakter) kat sini kau keluarkan apa yang tersimpan tersemat dalam diri. Hilang perasaan malu. Pastu nanti kau akan tengok satu video' Bermulanya disini'. Perghhhhh best gila cita tu. Ada Soffi Jikan. hmmmmm best best -_______- hahaha Kalau kewarganegaraan pulak, nanti kau akan diajar pasal negara kita yang tercinta ini. Pasal perlembagaan, undang undang, tokoh dan lain lain. DKRT la senang cita. DAULAT - KERAJAAN - RAKYAT - TANAH AIR. So nanti akan ada pilihanraya. Pilihanraya kita memang exactly macam PRU. Tak macam dekat U tu. Diorang lain.

5. Dapat...... - a) Haaaa hang dapat jaga kesihatan kat sini. Makan memang tip top la 6kali sehari. haha Taaaaaaaapi eh kau jangan happy sangat sebab kawalan garam dia memang sangat 5 stars. Jaga kesihatan la katakan >_< Tapi makanan dia not bad la gak. Kuih dia weh best best! Kekadang puding roti, takpun roti ikan bilis or puding apa apa la. Tapi boleh tahan la ;) Kalau dekat kem aku, kitorang TAKDA ulang lagi sekali TAKDA lagi sekali TAKDA minum ais. Air minum mineral takpon teh o, kopi o kalau untung sikit milo. Kalau rejeki lebih sikit dapat ah makan ice cream. Yeahaaaaaaaaaaaaaaaaa! haha Bukan apa, acik tu paham kita rindu kedai mamak sebab tu la dia buat air air kedai mamak. Hehehehe pon boleh!




DM ;)



b) Selain itu, hang dapat cuba benda baru and maybe perkara tu adalah yang pertama tamanya dan terakhir akhirnya anda buat. Contoh? Menembak guna m16. Benda baru and bukan senang nak dapat peluang menembak. Ye dok?

c) Elaun - Walaupun tak sebanyak gaji keje kat MCD tapi its okay la. Dapat kau simpan untuk bayar duit PTPTN nanti. ehekehekehek ;)

Some people may say, buang duit je program ni semua. Nak buat apa PLKN? Peghabih duit rakyat.  Daripada anta bebudak pi situ baik itu dan ini. Hmmm jangan gitu dongg! As kita tau la remaja zaman sekarang ni kurang sikit kesedaran pasal negara dia, so program ni je la yang dapat kembalikan mereka kembali berpijak dibumi yang nyata :) Ye idok? ;)

Jadi kepada yang terpilih ke PLKN, anda jangan la down sangat. Rasa macam nak makan cicak ke (untuk bunuh diri) hmmm jangan jangan. Baik kau bunuh cicak tu malam jumaat, dapat gak kau pahala weh ;) Kau enjoy je peluang yang diberi ni :D Pedulik la kena botak ke hitam ke belak ke ini peluang ni. Nanti dah dapat elaun kau pegi la spa. hahaha Macam dialog drama drama melayu 'Peluang tak datang banyak kali'. Jadi gunakan peluang ya Allah bagi ni :)

Akhir bebelan saya pada kali ini. Nantikan post seterusnya. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ini semua poyoooo haha Terima kasih sebab sudi baca ye adik adik manis :D Lain kali singgah lagi. Jangan serik.



Yes, this is Geo Kosmo :D 





p/s : Kalau bahasa kasar ke ada menyinggung ke harap dimaafkan :)

Ikhlas.
Love.
Syifa❤


Labels:


new past