#18 Girls Talk - 1 bulan!
Friday, 3 May 2013, ϟ

Assalamualaikum. Apa khabar orang kampungkuuuuuuuuuu? *lambai tangan, sengih macam kerang busuk, bergaya macam YB kutip undi* Dah lama Kak Ton tak menyingah kat sini. Rindu tahap hazabedah la. Tidur termimpi, mandi teringat, makan ternanti semata sebab kau TST. Alhamdulilah dah 1 bulan + Kak Ton dok dalam PLKN Geo Kosmo tu ha. Semakin hari Kak Ton rasa semakin comel disana. Balik tengok cermin makaihh berbelak belak, kemahin comel lagi Kak Ton rasa wkwkwkwkwk

Comel tak kak ton? HAHAHAHAHA 

Sambung cerita, first day aku datang aku cakap kau la, aku redha je. Rasa macam aku la orang paling malang dalam dunia ini dan inilah pengakhiran hidup aku. Sadis ya hamat. Tapi bila aku jumpa Sha, aku rasa dunia aku kembali bersinar. kehkehkeh *harap sha baca baru ah terharu banyak bukan sikit xD* Day by day, aku dah mula redha dah dengan ketentuan Allah yang satu ni. Makanya aku tetapkan kat hati aku yang satu ni, apa apa jadi sekali pun aku kena tempuh jugak tempoh 2bulan +++ ni yeah!



1st week. Rombongan Cik Kiah. Masuk dewan semua tanya, 'eh ramainya family kau'
siap ada wira cakap 'ramai adik beradik dia ni' wkwkwkwkwk


So, kat sini kita start buat aktiviti around pkol 5 gitu. Bangun, mandi, PT (Pend.Jasmani) pagi, sarapan, pegi kelas, pastu petang belajar navigasi, kawad, kawad, kawad, kawad, kawad, kawad, kawad, kawad dan kawad. Haaaa kau kemahin berganda kawad nye katakauuuu! Jadi bila orang kata aku hitam tu kiranya aku ada sebab yang amat sangat concrit la iaitu KAWAD! hahaha *itu tuduh menuduh tu*


Kawan. Alhamdulilah since first day aku dah dapat kawan. alhamdulilah syukur sangat. Aku kata kau la kawan kawan kawan aku memang sangat sportive dan havocness gilos!









Mula mula diorang ni datang muka bukan mahin garang dan kental lagi, sekali kenal ghopanya diorang terbaik (Y) Yeah alpha terbaik. Kami ALPHA, HATI HELANG. Okay okay nak cita KKJ hari tu kitorang menang *buat muka minta penumbuk bertubi tubi* Alhamdulilah ;) Walaupun pada awalnya agak kucar kacir sikit tapi lastly sapa nak tau kan Allah nak bagi :D Tak kisah ah wira ke wirawati ke semua memang cantik,menarik, tertarik, kau memang de bommmmm! 


Wirawati Alpha. Rasanya korum penuh. Rasanya la.
*ku kelihatan amat 'kurus' disitu.haaaaaaaaaaaa*


Oh yes, ini pulak sebahagian Wira Alpha. 


Trademark. Haa bercerita pasal trademark ni, hampir setiap hari OC (penghulu la bahasa pasarnya) cakap ayat yang sama. Example : 'KETUA COMPANY LAPOR. BARIS, TIADA PERGERAKAN' hahaha kalau sehari kawad 4kali, 4kali la dengar ayat sama mana tak hafal xD KAU FAHAM TAK FAHAM? CLEAR TAK CLEAR? APA KEUTAMAAN KITA? KESELAMATAN heheheheehhehehehehe Masuk air lama lama. 

The 1st week. Kembang semangkuk mak nyahhh!

Roughly, banyak benda la yang aku belajar dari sini. Contoh : Tak pernah pernah aku buat harka weh, ni dalam record wa cakap lu, wa buat harka. Wa cakap lu, wa bangga kot *terus keluar ayat poyo haha* Lagi? hmmmmm tak pernah aku kawad lepas subuh, dtg sni hamik kau dengan muka sememeh bangkit tidoq terus pi kawad. Lagi? kau pernah exercise pakai boot? Tak pernah kan? haaa datang sini gitu la gamaknya. Haaa nak lagi? Jap jap aku loading. Okay okay, kat sini aku belajar upgrade my english uolls. everyday mak baca english newspaper nyah! hummmmmppp english mak A+ gituuu Haritu balik rumah terus tak paham bahasa jawa katakauuuu hahaha dan dan tu gak ah :p Tapi tu la duduk kat dalam kita tak nampak la apa jadi kat luar. Ye ah dalam newspaper dok cita PAS buat ni DAP buat tu BN ni PKR itu. apaaaa ini semua???? Dimana hak bermain kami??????? hahaha Keluar dari kem tengok bendera pon boleh peghak. Pon boleh xDD 

Hmmmm Kak Ton stop sampai sini je la. Nanti Kak Ton hupdate lagi eh? *lepas habis PLKN kot hehe* Pesanan Kak Ton, jaga diri masing masing. Jaga hati, jaga perlakuan, jaga kesihatan. Sekarang ni cuaca tak menentu. Even dekat kem bebudak berulang alik pegi medik. Kasihan abang medik. hmmmmm EH??!! haha  Akhir kata, COMEL TAK KAK TON??!!!! *bluekkkkkk hahaha* 


Thanks kepada semua orang atas ucapan dan doa doa anda semua semalam dan selamanya. Saya amat menghargainya even ucapan itu hanyalah HB :) Thanks a lot! Insyaallah saya akan menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Hope that this 18 birthday will brings me lots of joy,lucks and all the good things ;) ♡


Quick Tips : # Just be yourself where ever you are and whenever. 
                   # Respect outhers
                   #  Try to understand people :)
                   
Lets spread love, reduce negatives.
Love. Syifa❤

new past